KDN FC dapat tajaan RM200,000

KDN FC dapat tajaan RM200,000

sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus mendapat kepercayaan penaja apabila menerima suntikan dana RM200,000, musim ini.

Tajaan diterima daripada penaja musim lalu, ROHM Electronics Sdn Bhd yang menyambung tajaan bagi musim 2024/25.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, musim lalu, penaja terbabit memberi penekanan kepada program akar umbi sehingga berjaya membawa skuad bawah 16 tahun menyertai perlawanan persahabatan bersama tiga akademi bola sepak di Kasaoka, Jepun.

“Kita harap tajaan ini akan berterusan untuk jangka panjang. Mereka berbesar hati meneruskan penajaan dan kami hargai mereka yang percaya dengan jenama KDN FC,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Terdahulu, majlis tandatangan kontrak perjanjian disertai Rozi bersama Pegawai Komunikasi Korporat, Hisham Lokman dan Pegawai Operasi kelab, Mohd Afiq mewakili skuad Kijang Emas manakala penaja diwakili Presiden ROHM Electronics, Mr Hideki Hashimoto dan Pengurus Besar syarikat, Mr Hiroaki Terasaka di pejabat urusan syarikat dari Jepun itu yang terletak di Pengkalan Chepa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top