Euro 2024: England gugur Maddison

Euro 2024: England gugur Maddison

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate menggugurkan dua daripada lima pemain dalam skuad ke Kejohanan Eropah, menurut Persatuan Bolasepak (FA) England hari ini.

Pemain tersebut adalah James Maddison dan Curtis Jones selain Jarell Quansah yang bakal diketepikan sekalipun ia tidak disahkan oleh FA.

Maddison yang merupakan bintang Tottenham Hotspur mempunyai tujuh cap bersama England manakala Jones masih belum melakukan penampilan sulung dalam skuad senior.

Southgate perlu mengetepikan lima lagi pemain bagi skuad muktamad 26 pemain menjelang tarikh akhir ditetapkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) esok.

England mempunyai 27 pemain dalam latihan hari ini, menjelang perlawanan pemanas badan terakhir awal pagi Sabtu ini menentang Iceland di Wembley.

Beberapa pemain seperti Lewis Dunk, Harry Maguire dan Luke Shaw pula mengikuti program individu ketika mereka memulihkan diri daripada kecederaan.

Isnin lalu, Three Lions menundukkan Bosnia Herzegovina 3-0 pada aksi persahabatan Isnin lalu.

England akan membuka tirai kempen Euro 2024 di Jerman menentang Serbia pada 16 Jun ini. – Agensi

Scroll to Top