am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW 3 Series dan lori di Kilometer 123.6 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Pagoh di sini, malam hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 malam.
Beliau berkata, seramai enam anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta BMW 3 Series dan sebuah lori.
“Terdapat empat orang yang menaiki BMW tersepit dan anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mereka.
“Tiga mangsa termasuk seorang lelaki dan dua perempuan disahkan meninggal di tempat kejadian.
“Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu perempuan mengalami kecederaan parah serta dibawa ke Hospital berhampiran,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Operasi tamat pada jam 9.59 malam.
© New Straits Times Press (M) Bhd



