Rogol kenalan bawah umur hingga hamil: Suspek kedua direman 7 hari

Rogol kenalan bawah umur hingga hamil: Suspek kedua direman 7 hari

am@hmetro.com.my

Gerik: Seorang lagi suspek kes rogol kenalan perempuan bawah umur sehingga hamil di Lenggong ditahan reman selama tujuh hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun itu diberkas semalam.

Katanya, perintah reman ke atas suspek kedua itu dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Tangkapan dibuat selepas mangsa berusia 17 tahun membuat laporan polis pada 11.09 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Ahad lalu.

“Pemeriksaan lanjut dilakukan Klinik Kesihatan Lenggong mendapati mangsa disahkan mengandung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan suspek pertama iaitu remaja berusia 18 tahun yang juga suspek pertama direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan kes membabitkan mangsa sama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top