am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Sebanyak 51 rumah setinggan dirobohkan menerusi Op Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) Bersepadu Mega di sebuah penempatan sekitar daerah ini, Kinabalu, hari ini.
Operasi bermula 3.30 petang itu turut menahan enam individu membabitkan dua lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, tangkapan Pati akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 51(C) Akta Imigresen 1959/63.
“Operasi ini akan berterusan pada masa akan datang dalam usaha membanteras jenayah, Pati, dadah dan gejala sosial di daerah ini,” katanya.
Menurutnya, operasi ini adalah kerjasama agensi bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB); Jabatan Air Negeri Sabah (JANS); Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
© New Straits Times Press (M) Bhd




