nurul.hidayah@hmetro.com.my
Sepang: Polis sudah mengenal pasti ibu bapa tiga kanak-kanak, yang seorang daripadanya memandu kereta tanpa pengawasan orang dewasa di kawasan perumahan.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi juga mengesahkan kejadian yang tular di WhatsApp itu berlaku di daerah ini.
Katanya, bapa kanak-kanak terbabit sudah dipanggil untuk tampil di pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, malam ini.
“Lelaki itu sedang dalam perjalanan ke Trafik IPD Sepang untuk diambil keterangan,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis sedang mengesan keluarga kepada tiga kanak-kanak berkenaan yang dipercayai adik-beradik, selepas didapati menaiki kereta tanpa pengawasan orang dewasa.
Dalam video tular itu, seorang wanita menegur lelaki berusia 14 tahun yang didakwa memandu kereta Perodua Viva.
© New Straits Times Press (M) Bhd




