Carini tarik diri selepas Khelif didakwa wanita 'jadian'

Carini tarik diri selepas Khelif didakwa wanita 'jadian'

Paris: Atlet tinju dari Itali, Angela Carini menarik diri selepas hanya 40 saat (s) beraksi di atas gelanggang dalam acara tinju Wanita di Sukan Olimpik Paris.

Keputusan itu dibuat selepas tidak mampu menahan asakan petinju dari Algeria, Iman Khelif yang didakwa secara biologinya adalah seorang lelaki namun dibenarkan bertanding dalam kategori Wanita sekali gus menimbulkan kontroversi.

Untuk rekod, Khelif pernah dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal dalam ujian kelayakan jantina tetapi di temasya Sukan Olimpik ini dia dibenarkan bertanding dalam kategori wanita.

Dalam pertarungan pusingan awal itu, Khelif nyata menguasai aksi dengan beberapa siri tumbukan tepat ke arah muka dan hidung Carini memaksa Carini mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat tarik diri.

“Hati saya sangat kecewa. Saya bertanding kerana mahu memenuhi impian bapa saya yang mahukan saya beraksi di Olimpik.

“Saya tidak kalah ada hari ini, tetapi saya menarik diri kerana mahukan keadilan. Saya tidak pernah merasakan tumbukan seperti itu yang agak janggal bagi seorang wanita,” katanya.

Selepas diumumkan menarik diri, Carini menangis di atas gelanggang dan enggan berjabat tangan dengan wakil Algeria itu akibat kekecewaan yang dihadapinya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top