Bersentuhan Ketika Berlakon, Amar Bahrin Dan Siti Elizad Teruk Dikecam Netizen | Oh! Media

Bersentuhan Ketika Berlakon, Amar Bahrin Dan Siti Elizad Teruk Dikecam Netizen | Oh! Media

Pelakon Amar Bahrin dan Siti Elizad kini telah menjadi bualan warga maya selepas aksi lakonan bersentuhan diantara mereka telah tular di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, terlihat wajah dan tubuh Elizad yang sedang menangis telah disentuh oleh Amar Bahrin.

Netizen tidak menyangka Amar dan Elizad bersentuhan walaupun hanya sekadar lakonan, kerana mereka masing masing telah berkahwin

Menurut mStar, pelakon Siti Elizad berkata dia tidak menyedari namanya kini sedang menjadi bualan ramai kerana dia tidak membuka media sosial.

Saya bila bekerja memang tidak membaca sebarang komen, katanya.

Elizad juga berkata dia tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang perkara ini memandangkan dia baru sahaja menjalani pengambaran dalam drama itu.

Saya masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan mengenai perkara ini tetapi saya berharap orang ramai menonton dulu drama itu.

Namun, Elizad berkata dia berlapang dada menerima segala teguran kerana perkara ini juga melibatkan agama.


Scroll to Top