am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Masih berani berniaga tanpa lesen selain menghalang laluan awam.
Itu tindakan sembilan penjaja termasuk empat warga asing yang diambil tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi semalam.
DBKL menerusi hantaran di Facebook berkata, pihaknya melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Wangsa Maju menjalankan operasi tindakan khas ke atas penjaja dan tempat cuci kereta.
“Dalam operasi itu, sebanyak sembilan penjaja termasuk empat warga asing telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.
“Tujuh penjaja dikenakan tindakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan dua lagi penjaja dikenakan tindakan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya.
Katanya, semua barangan yang diambil tindakan pindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




