Covid-19 'serang' Olimpik Paris

Covid-19 'serang' Olimpik Paris

Geneva: Lebih 40 atlet di Sukan Olimpik Paris 2024 diuji positif Covid-19 sekali gus menandakan peningkatan baharu kes global, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO berkata, virus di sebalik pandemik Covid-19 itu masih aktif dan setiap negara perlu mempertingkatkan sistem tindak balas mereka.

Beberapa atlet berprofil tinggi mengalami jangkitan Covid-19 di pada temasya sukan yang sedang berlangsung di Paris.

Perenang Britain, Adam Peaty disahkan positif sehari selepas memenangi perak dalam acara 100m kuak dada apabila dia tidak berasa sihat, kata pasukannya.

Harapan pingat Australia, Lani Pallister menarik diri daripada acara 1500m gaya bebas wanita selepas jatuh sakit.

Data dari 84 negara menunjukkan bahawa peratusan ujian positif untuk SARS-CoV-2 – virus yang menyebabkan penyakit Covid-19 – telah meningkat dalam tempoh beberapa minggu, kata Maria Van Kerkhove, pengarah kesiapsiagaan dan pencegahan wabak dan pandemik WHO.

Pengawasan air sisa menunjukkan bahawa peredaran SARS-CoV-2 adalah dua hingga 20 kali lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan sekarang, katanya kepada ketika taklimat kepada media.

Katanya lagi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tanpa mengira musim, banyak negara telah mengalami lonjakan Covid-19, termasuk di Sukan Olimpik ketika ini, di mana sekurang-kurangnya 40 atlet telah diuji positif.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top