Paris: Atlet dari Jamaica Roje Stona melakukan lemparan sejauh 70 meter (m) untuk mencatatkan rekod baharu Sukan Olimpik seterusnya memenangi emas dalam acara lempar cakera lelaki di Paris 2024.
Pemegang rekod dunia Lithuania, Mykolas Alekna meraih perak dengan 69.97m
Matthew Denny dari Australia yang sebelum ini ini berada di kedudukan keempat Olimpik dan dunia, meraih gangsa (69.31m).
Alekna memecahkan rekod Olimpik itu pada percubaan kedua.
Namun, rancangan untuk mengikuti jejak langkah bapanya Virgilijus, yang memenangi dua gelaran Olimpik pada tahun 2000 dan 2004, bagaimanapun dinafikan oleh Stona.
Stona, dibimbing oleh Ryan Crouser dari Amerika Syarikat, memenangi emas lontar peluru ketiga berturut-turut yang tidak pernah berlaku sebelum ini Sabtu lalu, mencuri perhatian apabila dia melakukan lemparan sejauh 70m pada percubaan keempatnya.
“Ia adalah malam yang sangat istimewa. Ia adalah segala-galanya yang saya mahukan, tetapi untuk ia benar-benar berlaku, ia adalah satu perasaan yang sangat baik.
“Dalam latihan menjelang pertandingan, saya berasa hebat. Jadi saya percaya dengan diri saya sendiri dan saya tahu saya mempunyai kemampuan itu,” kata Stona. “
Stona berkata tiada “tekanan” untuk memecahkan rekod rekod Olimpiknya.
“Saya sudah berada dalam lapan teratas, jadi saya tiada apa yang perlu dipertaruhkan.”
Di bawah bimbingan Crouser, Stona mencapai kemuncak pencapaian Olimpik selepas menduduki tempat ke-19 pada kejohanan dunia tahun lalu di Budapest.
“Saya melakukan beberapa perkara yang saya tidak tahu saya mampu lakukan. Tetapi saya percaya, dan saya mempunyai kepercayaan, jadi saya berada pada masa ini dan saya menikmatinya,” kata atlet berusia 25 tahun itu.
“Jamaica sepatutnya berbangga sekarang ini, mereka harus meraikannya. Acara padang berada di landasan yang betul sekarang. Kami melakukan yang baik, kami mendapat pingat.”
© New Straits Times Press (M) Bhd




