Barcelona: Pemain tengah, Dani Olmo, menyertai gergasi LaLiga, Barcelona, dari kelab Bundesliga RB Leipzig dengan kontrak selama enam tahun, kata kelab Sepanyol itu.
Barca, yang akan memulakan musim domestik mereka minggu depan di Valencia, berkata Olmo yang berusia 26 tahun menandatangani kontrak sehingga Jun 2030, kembali ke kelab di mana dia menghabiskan tujuh tahun dalam akademi remaja sebelum menyertai Dinamo Zagreb pada usia 16 tahun.
Walaupun tidak mendedahkan yuran perpindahan, laporan media meletakkannya sekitar €55 juta (RM269 juta).
Olmo adalah sebahagian penting dalam kejayaan Euro 2024 negaranya, tamat sebagai salah seorang penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol dan di antara enam pemain Sepanyol dalam pasukan terbaik.
Olmo sebelum ini mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kelab selepas lebih empat tahun.
Dia bermain sebanyak 148 kali untuk pasukan lamanya dalam semua pertandingan, menjaringkan 29 gol dan memenangi dua Piala Jerman.
“Dua Piala Jerman dan Super Cup hanyalah sebahagian daripada banyak momen tidak dilupakan yang akan sentiasa kekal dalam ingatan saya. Terima kasih RB Leipzig, anda akan sentiasa berada dalam hati saya,” kata Olmo di media sosial.
© New Straits Times Press (M) Bhd




