Semangat patriotik Tazar

Semangat patriotik Tazar

Ipoh: Warga Perak Tazar Alang Ibrahim, 64, memandu keretanya yang dipenuhi Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos ini yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ di Klebang Prima, semalam.

Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, beliau akan menghiasi keretanya dengan kira-kira 90 bendera Jalur Gemilang termasuk bendera negeri Perak pada kereta Proton Iswara Aeroback miliknya dan akan meronda di sekitar Ipoh untuk menyampaikan mesej cintai negara kepada masyarakat umum.

Beliau yang sudah menghias kereta dengan Jalur Gemilang selama 32 tahun itu berkempen pada setiap tahun bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top