Risau rambut gugur?

Risau rambut gugur?

Alpecin Caffeine Shampoo yang terkenal dengan sifat perangsang pertumbuhan rambut berasaskan kafein ini menjadi punca perdebatan berikutan amaran pada labelnya.

Menurut penyelidikan oleh Charité University Hospital di Berlin, kafein yang terdapat dalam produk ini boleh dikesan dalam folikel rambut beberapa jam selepas penggunaannya.

Syampu antikeguguran rambut nombor 1 di Jerman, Alpecin Caffeine Shampoo menimbulkan kontroversi dalam kalangan atlet yang menyertai pertandingan kerana formula kafeinnya yang kuat.

Alpecin Kafein boleh dikesan dalam folikel rambut dan ia boleh menimbulkan risiko dalam kawalan anti-doping.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr Wolff, Eduard Dörrenberg berkata, pendedahan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti sukan, terutamanya atlet elit kerana pengesanan kafein dalam folikel rambut boleh menimbulkan masalah dalam kawalan antidoping.

“Selepas pelbagai penyiasatan dan perundingan dengan pakar, kami berasa bertanggungjawab untuk memberi amaran kepada atlet mengenai dos tinggi kafein dalam syampu untuk mengelakkan kemungkinan tercetusnya kontroversi.

“Kami menyokong dan menaja sukan elit selama beberapa dekad. Kafein adalah bahan yang sangat berkesan dan sebab itulah kami menganggap amaran ini sangat penting,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, semua pengguna lain boleh bergembira dengan penemuan ini kerana produk ini memberikan hasil yang boleh dilihat hanya dalam beberapa cucian, menguatkan rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Alpecin-CoffeinShampooC1-250ml%20%282%29.jpg"

Perhatian kepada atlit yang bertanding: Alpecin Caffein boleh dikesan dalam folikel rambut.

Rahsia di sebalik ‘Doping untuk rambut anda’ dengan Alpecin Caffeine Shampoo!

Reputasi Alpecin Caffeine Shampoo sebagai penyelesaian yang berkesan untuk menguatkan dan merangsang pertumbuhan rambut mengatasi kontroversi di sekelilingnya.

Di sebalik kebimbangan yang diperkatakan, pengguna terus mengalami hasil ketara yang menyokong keberkesanannya.

Dos kafein yang tinggi bertindak sebagai perangsang yang kuat untuk folikel rambut, menghidupkan semula rambut dari akar dan menggalakkan pertumbuhan yang lebih kuat dan berdaya tahan.

Rahsianya? Tiada bahan tambahan dan hanya dengan kuasa kafein seluruhnya untuk rambut yang sihat.

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/alpecin-hair-loss-with-alpecin-longer-growth-phases.jpg"alt="Image"class="responsive"

Alpecin Caffeine Shampoo terserlah kerana komitmennya terhadap formula bebas bahan tambahan seperti silikon, menawarkan penjagaan yang lebih semula jadi untuk memelihara kesihatan dan kesegaran rambut.

Ketiadaan bahan tambahan ini mendapat pujian daripada pendandan rambut dan pengguna, yang melihat peningkatan ketara dalam tekstur dan penampilan rambut selepas penggunaan yang berterusan.

Kafein juga berkesan untuk mencegah keguguran rambut kerana ia terbukti tidak mempunyai kesan sampingan.

Rambut sihat dengan tiga langkah mudah

Bagi yang ingin mendapatkan rambut sihat cukup mudah dengan hanya tiga langkah ini.

Pertama, masukkan Alpecin Caffeine Shampoo ke dalam rutin harian bermula dengan menggunakan Alpecin Caffeine Shampoo secara kerap bagi memanfaatkan faedahnya dalam menguatkan dan merangsang pertumbuhan rambut.

Kedua, elakkan haba yang berlebihan dengan mengelak dan meminimumkan penggunaan alat haba seperti pengering rambut serta pelurus rambut untuk mengurangkan kemungkinan kerosakan pada rambut.

Ketiga, sikat rambut dengan berhati-hati serta elakkan menarik rambut dengan kuat semasa menyikat atau menggayakannya kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada folikel rambut sekali mengakibatkan rambut patah.

Dengan mengikuti semua langkah mudah itu dan menggabungkannya dengan keberkesanan Alpecin Caffeine Shampoo, pengguna boleh mengekalkan rambut yang berseri dan segar semula serta menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan kuat.

Alpecin menumpukan kepada masalah lelaki di seluruh dunia iaitu ‘keguguran rambut keturunan’ melalui produk yang mengandungi kafein.

Lebih khusus lagi, jenama ini dicirikan oleh kompleks kafein khas yang menghalang pengaruh negatif testosteron pada akar rambut, sekali gus menghalang keguguran rambut.

Alpecin juga mempunyai sistem penjagaan yang komprehensif untuk kulit kepala yang kering, mengelupas dan berminyak.

Dapatkan Alpecin Caffeine Shampoo di platform  e-dagang Shopee.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top