Selepas disahkan mayat tanpa kepala, tangan dan kaki yang dijumpai pada 31 Disember yang lalu ialah mayat Cikgu Istiqomah, polis telah menahan seorang wanita dan seorang lelaki yang merupakan pasangan suami dan isteri.
Menerusi laporan Sinar Harian dan Berita Harian, difahamkan, lelaki tersebut merupakan rakan niaga Cikgu Istiqomah dan pihak poli mengesahkan bahawa mereka ada berjumpa atas tujuan bisnes yang berkaitan dengan forex.
Menurut suaminya sebelum ini suspek dan isterinya mungkin ada terlibat dalam pergelutan kecil.
Mungkin bila dia minta gelang emas isteri saya tak dapat lalu berlaku pergelutan. Ada kesan pada tangan isteri saya.
Suspek telah disambung reman selama tujuh hari sejak 6 Ogos lalu untuk membantu siasatan dalam kes ini.
Sebelum ini suspek telah ditahan reman bersama seorang wanita yang merupakan isterinya bermula 6 hingga 12 Ogos, namun isterinya itu telah dibebaskan pada hari Isnin dengan jaminan polis.
Mayat dijumpai dengan hanya beralaskan kain merah, dipercayai kepala dan kedua-dua belah kaki dan tangannya telah dipotong.




