Rahim Sepahtu Dedah Panjang Lebar Apa Sebenarnya Yang Berlaku Antaranya Dengan Shuib | Oh! Media

Rahim Sepahtu Dedah Panjang Lebar Apa Sebenarnya Yang Berlaku Antaranya Dengan Shuib | Oh! Media

Sebelum ini kami melaporkan yang pelawak, Rahim Sepahtu tampil memberikan respon berkenaan isu yang tular mengatakan dirinya tidak akan diundang ke podcast Shuib.

BACA“Jangan Terperangkap Dengan Permainan Orang Lapar Perhatian”- Rahim Sepahtu

Terbaru! Menurut laporan xtra, Rahim tampil mengulas panjang lebar mengenai isu itu dan mengatakan yang dia tahu semuanya daripada perkongsian orang ramai yang bertanya mengenai masalah antara mereka.

Bukan tu jer, Rahim juga mendedahkan yang mereka sudah lama tidak berhubung selepas dia kena ‘block’ di semua media sosial dan nombor telefon oleh Shuib.

Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu mengenai perkembangan sahabat saya itu kerana sudah kena ‘block’ (sekat) dengannya (Shuib) di media sosial dan nombor telefon juga. Jadi, memang dah lama kami tak berhubung.

Sewaktu dia bernikah tahun lalu pun, saya tidak hadir ke majlisnya sebab tidak dijemput. Tapi, syukur Alhamdulillah dia kini sudah menemui kebahagiaan semula dan saya doakan terbaik buatnya.

Rahim juga berasa terkilan apabila masalah perselisihan faham antara mereka ini sudah kecoh di media sosial.

Memang saya dan dia (Shuib) ada perselisihan faham yang berlaku, tapi tidak perlulah membawanya hingga ke media sosial. Sebagai sahabat, itu yang saya ada rasa sedikit terkilan.

Walau bagaiamanapun, punca sebenar perselisihan faham antara mereka berdua tidak diceritakan Rahim dengan lebih lanjut.


Scroll to Top