Anak Rita pecah rekod 100 meter MSSD Sabak Bernam

Anak Rita pecah rekod 100 meter MSSD Sabak Bernam

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, anak pelakon, Rita Rudaini turut hebat di dalam bidang sukan.

Anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Sabak Bernam dalam acara 100 meter.

Menerusi Instagram miliknya, Rita turut berbangga kerana anaknya mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar itu turut memecah rekod acara itu selama 20 tahun.

Rita Rudaini.

“Alhamdulilah, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS. Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ini dalam sukan olahraga pula…..Insya Allah mommy sokong!

“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam
100 meter dengan rekod baru 11.44s (rekod lama tahun 2004 11.58s ). Mommy proud.

“Rest well anak-anak..esok berjuang lagi hingga 22 haribulan ini
Good luck!!,” tulisnya media sosial miliknya hari ini.

Airit Rayyan sebelum ini memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester baru-baru ini. – MalaysiaGazette

Scroll to Top