Memang serba boleh! Itulah yang dapat dikatakan mengenai anak sulung Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin yang bukan je cemerlang dalam pelajaran tetapi dalam sukan juga.
Menerusi hantaran di Instagram, Rita Rudaini meluahkan rasa bangga apabila Rayyan berjaya memecah rekod acara lari 200 meter akhir dengan catatan masa 23.81 saat di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).
Sebelum itu, Rayyan turut memecah rekod 20 tahun dalam acara lari 100 meter apabila mencatat masa hanya 11.44 saat.

Tahniah team SUBES dan cikgu-cikgu. First day MSSD hari ini. Alhamdulillh, rezeki Rayyan dapat wakil peringkat MSS. Rayyan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ni dalam sukan olahraga pula. Insya Allah mommy sokong! Rayyan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100m dengan rekod baru 11.44s (rekod lama tahun 2004 11.58s). Mommy proud.
Di ruangan komen perkongsian, netizen memuji anak sulung Rita Rudaini yang disifatkan sebagai seorang yang bijak dan hebat. Iyalah bukan senang nak cemerlang pelajaran dan sukan sekaligus tau!




