Nur Shahida didik anak bergaul, tak izinkan tinggal di rumah waktu pergi kenduri – “Wajib angkut semua”

Datin Seri Nur Shahida menegaskan dia dan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri, mengamalkan pendekatan untuk membawa anak-anak dan tidak meninggalkan mereka di rumah setiap kali menghadiri majlis kenduri kahwin.

Menurut Shahida, semua anak akan dibawa bersama kerana mereka mahu membiasakan anak-anak bergaul serta berinteraksi dengan saudara-mara dan orang sekeliling sejak kecil.

“Mama dengan Papa ni jenis kalau pergi kenduri anak anak wajib angkut ya. Takde istilah anak nak tinggal la nak tidur dekat rumah la nak tengok TV taknak ikut la.
“Bukan apa, mama dengan Papa nak anak anak ni biasa dengan orang, selesa dengan saudara mara. Ajar untuk mesra takdelah nanti bila keluar jumpa orang nanti kekok, malu la segan la,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Shahida berkata, pendekatan itu penting supaya anak-anak tidak berasa kekok atau terlalu malu apabila berada dalam suasana yang melibatkan ramai orang.

Tambahnya lagi, pendekatan itu bukan sahaja memastikan anak-anak sentiasa berada dalam pantauannya, malah membolehkan mereka membiasakan diri bersama keluarga dan orang sekeliling.

“Betul tu wak, bawa je semua sekali. Anak lelaki memang macam tu, manja sikit. Penat tak apa, janji depan mata wak,” kongsinya.

Artikel lain: Didik anak kenal saudara, Shahida sanggup sewa homestay raya bersama – “Wajib ikut tak boleh tinggal”

Pendekatan Shahida itu menunjukkan dirinya dan Aliff bukan sahaja menitikberatkan keperluan anak-anak, malah mahu mereka membina keyakinan sosial serta hubungan rapat dengan keluarga dan masyarakat sejak usia muda.

Sumber: Threads shahidadherbs

Scroll to Top