KUALA LUMPUR – Penolong jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Jose Lopez dan kapten, Junior Eldstal seolah-olah sepakat pada sidang media final Piala FA yang diadakan di sini hari ini.
Mereka memberi jawapan yang sama bagi semua soalan yang dikemukakan oleh pengamal media.
“Tiada komen, saya tiada apa untuk bercakap di sini,” kata mereka apabila ditanya mengenai perlawanan akhir menentang Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.
Biarpun diasak dengan soalan, mereka kekal dengan jawapan tersebut dengan raut wajah yang serius.
Ia berbeza dengan sidang media bersama Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil dan kapten, Safuwan Baharuddin, sebelum itu yang berlangsung mesra.
Nidzam penuh ceria menjawab semua soalan dan kelihatan teruja menjelang final esok.
JDT bakal bertemu Selangor dalam final Piala FA di malam esok yang bakal menyaksikan lebih 80,000 penonton membanjiri SNBJ pada final edisi ke-34 itu.
Sementara itu, seramai 2,488 pegawai dan anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2024/2025. – MalaysiaGazette
Sports
JDT ‘no comment’, Selangor jawab mesra

Website developed by Gias Ul Hassan - Best Website Developer - WordPress Web Design - Custom Website Design
Recent Posts
Beri bayangan bersara dari dunia lakonan, Amira Othman pilih mahu fokus karier nyanyian
Alami demam panas, Ahmad Faezal tarik diri dari GSF, kini sudah pulang ke tanah air
Tunku Mahkota Ismail gesa pulangan 25 peratus hasil cukai Johor
Polis UK serbu pusat kumpulan agama Ahmadi di Crewe