am@hmetro.com.my
Bandar Baharu: Hujan lebat berterusan hampir sejam petang tadi menyebabkan tiga kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat.
Sehingga kini, 40 mangsa daripada 10 keluarga terkesan akibat banjir melanda Kampung Batu 18 Pekan Serdang, Kampung Bukit Buluh dan Kampung Sungai Punti di Mukim Serdang itu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata hujan lebat bermula 3 petang mengakibatkan limpahan air dari sungai utama di Mukim Serdang iaitu Sungai Serdang dan Sungai Punti.
Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka memandangkan banjir kilat mulai surut jam 7.15 malam tadi.
“Ketika ini anggota kami masih melakukan pemantauan di kawasan terjejas,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




