Van Aert raih kemenangan kali kedua

Van Aert raih kemenangan kali kedua

Cordoba:

Pelumba Belgium, Wout van Aert, memenangi peringkat ketujuh Vuelta a Espana, kemenangan keduanya dalam perlumbaan tahun ini, dengan Ben O’Connor dari Australia mengekalkan kedudukan keseluruhan.

Pelumba Republik Czech, Mathias Vacek (Lidl-Trek) tiba di tempat kedua di hadapan Pau Miquel Delgado dari Sepanyol (Kern Pharma) yang berada di tempat ketiga, manakala pemegang jersi merah, O’Connor tiba dengan selamat dalam kelompok utama.

Perlumbaan sepanjang 180.5 kilometer (km) dari Archidona ke Cordoba termasuk satu pendakian yang dikategorikan, Alto del 14 peratus, di akhir peringkat, tetapi dengan 26km lagi ke garisan penamat, dan laluan rata selepas penurunan, pecutan berkelompok adalah hasil yang dijangkakan.

O’Connor (Decathlon-AG2R La Mondiale), yang merampas jersi merah selepas memenangi pusingan keenam, mempunyai kelebihan empat minit 45 saat (s) ke atas juara tiga kali, Primoz Roglic (Red Bull-Bora-Hansgrohe).

“Saya menjangkakan kumpulan yang lebih besar menuju ke penamat. Saya tahu pendakian di laluan sukar tetapi saya tidak menyangka perlumbaan akan berakhir seperti yang berlaku,” kata Van Aert.

Kaden Groves dari Australia, pemenang peringkat kedua, terjatuh semasa cuba kembali ke barisan hadapan, sekali gus menyaksikan salah seorang pesaing utama Van Aert di pecutan terakhir terkeluar dari saingan.

Marc Soler (UAE Team Emirates) cuba melarikan diri semasa turun pendakian dan Van Aert pergi mengejarnya tetapi kemudian membiarkan rakan sepasukannya dan juara bertahan, Sepp Kuss, mengambil alih kerja berkenaan.

“Kami sentiasa merancang peringkat ini untuk Wout tetapi kami tahu ia akan sukar, terutama dengan kadar pecut pada pendakian terakhir,” kata Kuss.

“Kadar pecutan itu keras tetapi apabila saya melihat Wout di situ, saya tahu dia dalam hari yang baik. Ia adalah satu ‘penderitaan yang berbaloi’ untuk mengejar Soler tetapi ia juga terasa seperti kemenangan bagi saya.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top