Salam takziah diucapkan kepada Marissa Damia dan Aslam selepas bayi pertama mereka dilaporkan meninggal dunia semasa dilahirkan di hospital.
Dikatakan bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang selepas 6 bulan dalam kandungan.
Pada hari kejadian Marissa dan Aslam hadir ke majlis pelancaran produk sebelum anak kepada pelakon Abby Abadi itu dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Semoga Marissa dan Aslam tabah dengan ujian ini. InshaAllah, akan ada rezeki mereka berdua menimang cahaya mata satu hari nanti.





