Tanah jerlus Masjid India: Anggota skuba berdepan risiko, ruang sempit

Tanah jerlus Masjid India: Anggota skuba berdepan risiko, ruang sempit

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Enam anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditugaskan dalam operasi mencari menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam lubang benam di Masjid India di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, dua anggota akan masuk ke dalam lurang kumbahan pada satu masa dan operasi pencarian itu mengambil masa kira-kira 20 minit.

“Pasukan skuba masuk ke dalam lurang dengan menggunakan kaedah ‘buddy‘ (berpasangan) iaitu antara dua atau tiga anggota dalam satu masa.

“Ini kerana kawasan kumbahan ada gas dan ia memberikan risiko kepada anggota. Mereka juga berdepan cabaran arus deras, ruang sempit selain keadaan udara yang berisiko,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di Masjid India di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya tidak menghalang peniaga untuk meneruskan aktiviti perniagaan ketika operasi pencarian di enam lurang kumbahan yang dibuka pasukan penyelamat untuk usaha pencarian.

“Cuma ketika penutup lurang kumbahan dibuka, kita semua sedia maklum ia mempunyai gas yang mungkin berisiko kepada peniaga dan kita minta mereka tutup sementara.

“Kita bukan arah untuk tutup sepenuhnya, apabila operasi pencarian (di lurang kumbahan) itu selesai, peniaga boleh meneruskan operasi mereka. Kita tidak ganggu perniagaan mereka,” katanya.

Pada 10.30 pagi tadi, pasukan penyelamat mula membuka enam lurang kumbahan sekitar lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India secara berperingkat bagi meluaskan kawasan pencarian.

Lubang M

6 lurang kubahan dibuka

SAR wanita terjatuh lubang benam di Masjid India diperluaskan

DBKL tubuh pasukan khas untuk tangani tanah jerlus di KL

Sudah lebih 24 jam, wanita masih hilang

Fizikal tubuh manusia boleh hanyut dalam saluran pembentungan – IWK

‘Tolong selamatkan ibu saya’ – Anak mangsa lubang benam

Hanya jumpa selipar

Kawasan Masjid India selamat – Datuk Bandar KL

Tiada aktiviti korek tanah di sekitar kawasan lubang benam

Lubang benam di Jalan Masjid India: Peniaga bimbang keselamatan terancam

Mendapan pernah berlaku di lokasi sama tahun lalu – Polis

Lubang benam: Mangsa dihanyutkan arus deras bawah tanah

Isteri sempat jerit minta tolong sebelum senyap

Pelancong wanita warga India jatuh dalam lubang benam

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top