Muhyiddin didakwa pagi ini

Muhyiddin didakwa pagi ini

am@hmetro.com.my

Gua Musang: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjadi tumpuan petugas media susulan pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka berlangsung 9 pagi ini.

Seawal jam 7.30 pagi, petugas media mula berkumpul di pekarangan mahkamah, dengan Presiden Bersatu itu dijangka tiba pada 8.30 pagi.

Setakat ini penyokong parti sudah kelihatan di luar pagar mahkamah bagi memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional itu.

Lebih 20 pegawai dan anggota polis membuat kawalan dan memantau keadaan di mahkamah.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Muhyiddin disiasat mengikut Akta Hasutan susulan ceramahnya berkait Raja, Agama dan Kaum (3R) dalam kempen PRK Dun Nenggiri, baru-baru ini.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Polis menerima 30 laporan polis berkaitan ucapan Muhyiddin dan serama 66 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, tular di media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh terbabit yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top