Solskjaer, Tuchel enggan ulas minat terhadap Haaland

Solskjaer, Tuchel enggan ulas minat terhadap Haaland

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dan bos Chelsea, Thomas Tuchel menolak laporan kelab mereka akan bersaing bagi menandatangani penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland.

Haaland muncul sebagai seorang daripada penyerang terbaik dunia selepas menjaringkan 21 gol dalam 21 penampilan dalam Bundesliga musim ini.

Pemain berusia 20 tahun Norway itu menolak United untuk menyertai Dortmund dari RB Salzburg pada 2019, namun wujud spekulasi Solskjaer akan cuba sekali lagi mendapatkan tandatangan pemain itu pada penutup musim.

Solskjaer melatih Haaland di Molde dan khabar angin mengenai perpindahan dari Dortmund semakin memuncak selepas gambar ejen pemain itu, Mino Raiola dan ayahnya, Alf-Inge Haaland berada di Sepanyol.

Dia juga dikaitkan dengan Manchester City, Real Madrid dan Barcelona.

Ditanya sama ada dia akan kehilangan semula Haaland, Solskjaer berkata: “Saya memberi fokus dalam dua bulan akan datang dan apa sahaja yang berlaku dalam dunia bola sepak. Ada terlalu banyak tempat seseorang boleh pergi.

“Saya hanya fokus kepada pemain yang berada di sini dan walaupun saya bekerjasama dengan Erling, bukanlah sesuatu yang betul sebagai pengurus Man United untuk bercakap mengenai Erling.

Dengan penyerang Jerman, Timo Werner bergelut menyesuaikan diri di Liga Perdana, Chelsea memerlukan kualiti tambahan dalam serangan mereka.

Namun Tuchel enggan terbabit dalam potensi Chelsea mendapatkan Haaland.

“Saya tidak akan menjawab soalan itu, ia tidak menghormati pemain dan Borussia Dortmund,” kata Tuchel ditanya sama ada Chelsea akan berbincang dengan Raiola.

“Dia adalah pemain Borussia Dortmund dan sudah tentu ada berita besar di sekelilingnya dan ejen.” – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top