Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai tampil membidas komen netizen yang mengecam caranya menutup aurat.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Yuna berkata sepanjang 15 tahun dalam bidang seni, dia sentiasa menerima kritikan yang sama.
Sepanjang tempoh itu, dia sentiasa dinasihati untuk mengabaikan komen negatif namun Yuna merasakan dia perlu menyatakan pendapatnya.
Di usia 37 tahun dan berkecimpung dalam bidang muzik selama 15 sehingga kini, masyarakat saya sendiri masih ada di ruangan komen meninggalkan komen buruk, suruh saya pakai itu ini atau tanggalkan hijab awak dan menghukum saya tanpa berada di tempat saya.
Yuna menganggap mereka-mereka itu sebagai manusia toksik dan dia tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain selain berkarya untuk peminat.

Penyanyi ini memohon orang ramai yang tidak selesa melihatnya untuk ‘unfollow’ akaun media sosialnya.
Tolong ‘unfollow’ saya jika awak tak senang dengan saya, sebab saya banyak lagi muzik, promosi dan persembahan untuk dilakukan pada masa akan datang.
Dan tolong ‘unfollow’ saya kalau awak rindu Yuna yang dulu kerana awak pun tak kenal saya yang dulu. Terima kasih.
Terdahulu, netizen mengkritik cara Yuna memakai tudung yang menampakkan leher. Netizen berpendapat penyanyi ini hanya mahu menutup rambut bukannya aurat.





