Penterjemah 'pintar'

Penterjemah 'pintar'

saufi@mediaprima.com.my

KEWUJUDAN teknologi Kecerdasan Buatan (AI) banyak memberikan manfaat kepada pengguna khususnya dalam aspek memudahkan kehidupan harian.

Teknologi sama yang dipertingkatkan turut digunakan dalam satu peranti baharu keluaran Honor iaitu Honor Magic V3.

Menerusi kepenggunaan AI bagi peranti itu, ia mampu menterjemah bahasa, sekali gus memudahkan pengguna khususnya ketika berada di perantauan.

Bayangkan pengguna berada di bumi asing yang mungkin bahasa ‘lingua-franca’ minimum berbahasa Inggeris, menerusi peranti Honor Magic V3 ini, ia akan melaksanakan terjemahan dalam bahasa nyata.

Peranti ini dilengkapi dengan keupayaan terjemahan bahasa asing termasuk Bahasa Melayu dengan sekelip mata, jadi pengguna tidak lagi memerlukan penterjemah.

Ia menjadikan pengguna lebih mudah untuk berinteraksi dengan pelbagai bahasa, tidak perlu bimbang jika diletakkan di bumi asingkan asalkan ‘ditemani dengan penterjemah pintar’ Honor Magic V3 berkenaan.

Peranti skrin boleh lipat paling nipis di dunia ini juga menawarkan kefungsian yang lebih baik untuk kategori peranti arus perdana.

Terjemahan itu juga tidak memerlukan pengguna menaip ayat atau perkataan, sebaliknya hanya menghidupkan butang suara atau rakaman suara untuk terjemahan dilaksanakan dengan sekelip mata.

Maklum balas ayat pengguna juga boleh dilakukan dengan suara dan teknologi AI akan menjelaskan dengan bahasa pilihan pengguna.

Menyentuh soal spesifikasi, cip pemproses didatangkan dengan Snapdragon Qualcomm 8 Gen 3 dengan binaan 4nm dan kuasa unit pemproses grafik (GPU) Adreno 750 bersama-sama dengan padanan 12GB RAM bersama RAM ‘Turbo’ teknologi Honor.

Peranti ini didatangkan dengan 50W wireless dan 60W pengecas berwayar bersama-sama dengan sokongan pengecasan berbalik 5W.

Aspek paparan pula, skrin bukaan penuh berkeluasan 7.92 inci dengan paparan LTPO OLED serta sokongan 1B warna serta kadar kecerahan 1800Nits untuk kadar paling cerah.

Malah peranti ini juga didatangkan dengan tetapan tiga lensa iaitu 50 megapiksel (MP) sudut lebar, 50MP telefoto dan 40MP sudut ultralebar.

Secara keseluruhannya, penulis sangat mengagumi inovasi baru Honor terhadap peranti boleh lipat apabila ia manifestasi sebenar teknologi baharu dengan rekaan yang lebik kukuh serta nipis.

Pengguna tidak akan merasa janggal tatkala memegang peranti ini dan ia sangat sesuai untuk penugasan kompleks yang lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top