am@hmetro.com.my
Johor Bahru : Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat kebajikan sejak 25 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, S Kavineshwaran, 13, beralamat akhir di Pertubuhan Kebajikan Penyayang
Permata Hati dekat Jalan Murni Jaya 1, Taman Murni, Ulu Tiram.
“Remaja ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram dan bapanya dimaklumkan oleh pusat kebajikan itu pada 25 Ogos lalu bahawa remaja itu keluar tanpa pengetahuan penjaga.
“Kepada sesiapa yang menjumpai atau mempunyai apa-apa maklumat mengenai individu berkenaan, boleh menyalurkan maklumat dengan berhubung terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor Intan Nur Farisha Ismail di talian 07-2511222 atau 017-5906278 atau di balai polis berhampiran,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




