Anak Pemimpin GISBH Kantoi Lakukan Ini Dan Berjaya Ditahan | Oh! Media

Anak Pemimpin GISBH Kantoi Lakukan Ini Dan Berjaya Ditahan | Oh! Media

Lima individu dan salah seorang daripadanya adalah anak pemimpin GISB Holdings (GISBH) telah ditahan dalam Op Global di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Unit Risikan Sempadan Zon Utara berjaya mengesan dua kenderaan mempunyai lambang GISBH di lokasi terbabit pada jam 6 semalam dan perkara itu dikatakan sendiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Setelah pemerhatian dibuat. kenderaan itu didapati bergerak menghala ke Thailand dari Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Tindakan pemeriksaan dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah dan berjaya menahan kenderaan itu serta lima lelaki.

Kelima-lima lelaki yang ditahan termasuk anak pemimpin GISBH itu berusia antara 28 hingga 41 tahun.

Bukan tu jer, beberapa kenderaan turut dirampas dalam tangkapan itu oleh pihak berkuasa.

Soal siasat awal dan proses dokumentasi terhadap kesemua suspek berkenaan sedang dijalankan. 

Tangkapan dan rampasan terbabit akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.


Scroll to Top