Anak Bekas ‘Orang Tertinggi’ GISB Dedah Ibu Jadi Isteri Ke-4, Alami Depresi – “Dia Dibuli, Kena Basuh B*rak Anak-Anak Bini Pertama, Kedua & Ketiga”

Anak Bekas ‘Orang Tertinggi’ GISB Dedah Ibu Jadi Isteri Ke-4, Alami Depresi – “Dia Dibuli, Kena Basuh B*rak Anak-Anak Bini Pertama, Kedua & Ketiga”

Isu penindasan dan eksploitasi kanak-kanak yang dikaitkan dengan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) kekal menjadi topik perbualan hangat di platform media sosial apatah lagi selepas pendedahan individu wanita dipercayai anak orang tertinggi golongan itu.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Sabrina Bolivar mendedahkan bahawa dia merupakan anak orang atasan dalam  gerakan Al-Aqram yang kini dikenali sebagai GISBH.

Katanya, dia meminta untuk mana-mana pihak di luar sana agar berhenti menyokong pergerakan itu memandangkan banyak perkara negatif yang berlaku dalam GISBH.

“Tolong berhenti menyokong kultus. Jika mereka ingin memajukan ekonomi umat Islam, urusan pertama ialah menjaga Amanah (anak) mereka sendiri. Saya dan adik-beradik saya bernasib baik kerana kami mempunyai datuk dan nenek penyayang yang membawa kami keluar dari pemujaan,” katanya.

Disuruh berkahwin selepas pihak GISBH mendapati ibunya bergelar janda termasuk cuci najis?

Mengulas lanjut, Sabrina mengakui melalui pelbagai trauma termasuklah ibunya yang sehingga kini perlu mengambil ubat disebabkan mengalami postpartum depression akibat trauma yang dihadapi.

Malah, selepas bapanya meninggal dunia, ibunya itu dipaksa dan dikahwinkan dengan salah seorang ustaz dalam gerakan terbabit sebagai isteri keempat sebaik sahaja mengetahui statusnya yang bergelar janda.

Lebih mengejutkan, Sabrina memberitahu tugas ibunya menjadi isteri keempat adalah untuk membasuh kencing dan berak anak-anak dari isteri pertama hingga ketiga termasuk anak sendiri.

Bagaimanapun, Sabrina meluahkan rasa syukur apabila neneknya berjaya menyelamatkan mereka dan  membawa ibunya keluar dari tempat tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di platform berkenaan, Sabrina kelihatan sangat lantang menyuarakan pendapat serta berkongsi pengalamannya pahitnya menjdi sebahagian daripada golongan itu.

Scroll to Top