Pekerja kontrak maut dengan kesan tikaman

Pekerja kontrak maut dengan kesan tikaman

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Seorang pekerja kontrak ditemukan maut dengan kesan tikaman dan tetakan di satu kawasan taman perumahan yang masih dalam pembinaan di Bandar Puteri Jaya di sini, sekitar jam 2 pagi, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu mengalami kecederaan parah dan dipercayai meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian rusuk sebelah kiri selain tetakan di lengan kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa adalah warganegara Myanmar dan dipercayai dibunuh dalam satu kes pergaduhan.

“Bagaimanapun, pergaduhan itu bukan bermotifkan mabuk kerana kita tak jumpa botol arak di lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai maut dibunuh dalam sebuah rumah dengan kesan berlumuran darah di mana mayat dijumpai,” katanya di sini hari ini.

Wan Azharuddin, sewaktu pihaknya tiba di lokasi kira-kira jam 3 pagi, didapati mangsa sudah meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dua bahagian badannya.

Beliau berkata, saksi kejadian itu yang juga rakan mangsa dipercayai menghilangkan diri

“Namun setakat ini suspek sedang diburu dan kita ada membuat saringan tetapi masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya menerima sekitar 300 laporan polis yang membabitkan mangsa banjir, rumah rosak dan pokok tumbang akibat ribut di daerah Kuala Muda baru-baru ini.

Katanya, hanya satu kes lemas dilaporkan dalam tempoh banjir dan arus deras di muara sungai Pasar Bisik Selasa lalu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top