“Selepas Terlibat Kemalangan, Saya Rasa Agak Trauma” – Shaza Bae

“Selepas Terlibat Kemalangan, Saya Rasa Agak Trauma” – Shaza Bae

Pelakon dan pengacara cantik, Shaza Bae mendedahkan dia agak trauma untuk memandu jarak jauh selepas terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini.

Menurut bintang drama bersiri Aku Bukan Ustazah ini, insiden yang berlaku pada awal bulan ini di Bangi telah membuatkan dia berasa takut.

Pada 4 September lalu, sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar kereta di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar empat kenderaan lain, termasuklah kereta milik pembantu peribadi Shaza.

Ketika itu, Shaza dan pembantu peribadinya dalam perjalanan pulang dari penggambaran. Kenderaan itu dipandu oleh pembantu peribadi Shaza dan juara Dewi Remaja 2019 itu berada di kerusi penumpang.

@shazabae will delete this later: Kejadian semalam selepas pulang shooting jam 9.59pm di bdr baru bangi. This ford was driving so fast and hit the axia car infront of us causing the axia to “twirl” and hit my assistant’s car and causes a few other accidents. Total kereta yang terlibat dalam kemalangan ada 4. The lady in the axia was PREGNANT. We still don’t know what’s her status. The ford driver was apparently drunk. I could have died last night but alhamdulillah Allah Maha Pelindung. 🥺 moral of the story: PLEASE DON’T DRIVE WHEN YOU’RE DRUNK. BE RESPONSIBLE WHEN DRIVING. DON’T KILL OTHER INNOCENT LIVES. #fyp ♬ original sound – ShazaBae

“Saya trauma . Selepas kejadian itu, apabila nak memandu jarak jauh, saya rasa takut. Bila nak memandu dengan jarak sebegitu selepas mengalami kemalangan, saya rasa agak seram sedikit,” katanya.

Tidak pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ini, Shaza bersyukur kerana dia selamat dan tidak cedera.

“Saya tak pernah kemalangan sebelum ini, ketika pertama kali kemalangan, saya rasa macam Subhanallah, nyawa cuma ada satu sahaja.

“Saya bersyukur masih selamat dan tak berlaku sebarang kecederaan, itu yang paling penting. Bila orang cakap ‘nyawa itu cuma satu’, hari kemalangan terbabit saya benar-benar rasakan perkara itu.

“Nasihat saya kepada mereka yang nak memandu, kalau nak memandu laju, pastikan laju anda itu selamat dan tidak melanggar orang lain. Jika berlaku kemalangan, orang lain akan mendapat impak,” katanya.

Shaza ditemui XTRA di majlis pertunjukan koleksi jenama mewah AIGNER Fall/Winter 2024 di butik AIGNER Pavilion KL, baru-baru ini.

Selain Shaza, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti lain seperti Riena Diana, Keith Foo, Riz Amin, Alya Iman, Yazmin Aziz dan ramai lagi.

Koleksi Musim Luruh dan Sejuk 2024 untuk AIGNER diperkenalkan dan membawakan seleksi gaya terkini. Temui koleksi baharu jenama mewah ini dengan Leonie Hanne yang ikonik sebagai bintang kempen di butik Pavilion KL, IOI City Mall dan Suria KLCC.

Scroll to Top