am@hmetro.com.my
Shah Alam: Kupas strategi perniagaan yang terkandung dalam Al Quran mencetuskan idea kepada sebuah syarikat pengendali pakej umrah tempatan untuk menerbitkan buku Ibrah Surah Yusuf Untuk Bisnes.
Buku juga antara lain bagaimana surah itu relevan dan boleh diaplikasikan dalam dunia perniagaan masa kini.
Ketua Pegawai Strategik syarikat itu, Dr Abdul Hadi Abdul Raman berkata, langkah ini bertujuan untuk berkongsi strategi perniagaan dan percaya ia menjadi panduan yang berharga kepada para usahawan dan pemimpin dalam membuat keputusan yang bijak dan strategik.
“Kami menggunakan buku ini sebagai rujukan dalam pengurusan dan strategi perniagaan kami. Buku ini ditulis oleh saya dan Ketua Eksekutif, Dr Humaidi Mat Jahya,” katanya, di sini.
Sementara itu, Humaidi pula berkata, mengorak maju setapak seiring dengan perubahan ke arah pendigitalan, pihaknya tampil memperkenalkan satu sistem untuk memudahkan jemaah umrah menunaikan ibadah berkenaan.
Beliau berkata, sistem yang dinamakan sebagai Smart MKM yang direka khusus untuk memudahkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan agensi pelancongan berkenaan.
“Sistem ini mesra ‘mobile’ dan boleh diakses dengan mudah melalui portal dan apliaksi telefon pintar masing-masing.
“Dengan SMART MKM, kami berharap dapat mempertingkatkan lagi kepuasan jemaah, menjadikan semua urusan lebih pantas dan efisien,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




