Apa saja perkongsian terbaru pelakon jelita, Fazura pasti akan tarik perhatian ramai tambah lagi selepas pelakon itu nekad dengan keputusannya untuk berpisah dengan suaminya, Fattah Amin.
BACA: “Demi Maruah Faz Sebagai Wanita” – Hantaran Terbaru Fazura Undang Perhatian
Terbaru! Menerusi Instagram, Fazura memuat naik satu video kenangan dirinya bersama cinta hatinya dengan kapsyen hanya meletakkan emoji ‘hati yang dibaluti luka’ bersama bunga.
Bukan tu jer, Fazura juga meletakkan lagu berjudul ‘Di saat sendiri’ nyanyian kumpulan Dadali cukup menunjukkan betapa rindunya pelakon itu kepada arwah ayahnya.
Kalau korang tengok ruangan komen, ada segelintir netizen faham akan perasaan Fazura yang rindukan bapanya dan ada juga yang berkata begitu juga perasaan yang akan anaknya, Fatima lalui.

Bukan tu jer, ada juga yang menasihati pelakon jelita itu agar berbaik semula dengan Fattah Amin selain mencadangkan cara-cara untuk perbaiki hubungan mereka sekiranya sudah tawar hati atau sebagainya.


Apapun, semoga yang baik-baik saja buat pasangan selebriti ini. Kita hanya mampu doakan yang terbaik saja buat mereka.




