Selepas tular hadiah hari jadi kiriman pelakon Fattah Amin buat isterinya yang juga pelakon jelita, Nur Fazura sempena hari ulang tahunnya yang ke 41 yang disambut pada 27 September, sepotong video pendek yang dikongsikan di platform TikTok mula menjadi tumpuan.
Menerusi video berdurasi 44 saat itu, pengguna media sosial yang juga merupakan seorang pengggubah bunga popular, yang dikenali sebagai Haaziq berkongsi gubahan bunga berona merah jambu yang telah ditempah Fattah untuk Fazura.
Selain menggunakan bunga Hydrangea dan Ranunculus, Haaziq juga turut menggunakan beberapa jenis bunga lain termasuklah Amaranthus sebagai pelengkap gubahan istimewa itu.
“Jom buat bunga. Big thanks, Fattah, for trusting us with the flowers for your loved one. Kita doa yang baik-baik. Sending good vibes your way,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tidak habis disitu, menerusi hantaran berkenaan juga kelibat Fattah turut kelihatan apabila dia hadir mengambil bunga yang ditempah khas untuk isterinya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha yang dilakukan Fattah untuk meraikan isterinya termasuklah menempah khas bunga berona pink sesuai dengan warna kegemaran Fazura.
Terdahulu, Fattah mengambil kesempatan menghantar sejambak bunga berona merah jambu beserta kad ucapan kepada isterinya.
Fazura kemudian memuat naik foto hadiah berkenaan beserta ucapan yang titipkan kepadanya.
“Mummy, Selamat Hari lahir. Daddy doakan di hari kelahiran Mummy sentiasa happy, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagian dunia dan akhirat selamanya. Daddy,” kongsinya.




