Pempengaruh TikTok Dengan 1.5 Juta Pengikut Direma Ketika ‘Drift’ Di Lebuhraya | Oh! Media

Pempengaruh TikTok Dengan 1.5 Juta Pengikut Direma Ketika ‘Drift’ Di Lebuhraya | Oh! Media

Seorang pempengaruh TikTok terkenal direman dua hari oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan selepas ditahan dalam operasi khas samseng jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas.

Majistret M Yegeshweriy mengeluarkan perintah reman pagi tadi terhadap lelaki tersebut, yang juga seorang usahawan muda terkenal di Pulau Pinang.

Selain pempengaruh yang memiliki 1.5 juta pengikut itu, 14 lelaki lain turut direman kerana terlibat dalam operasi yang sama. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, mengesahkan penahanan tersebut.

Kesemua yang ditahan berusia antara 12 hingga 25 tahun dan ditangkap kerana menunggang motosikal serta memandu secara melulu.

Pempengaruh TikTok tersebut turut ditahan ketika melakukan aksi ‘drift’. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan polis menyita 14 motosikal serta sebuah kereta di lokasi kejadian.

Operasi itu, yang melibatkan 53 pegawai dan anggota polis, juga menyaksikan 159 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.


Scroll to Top