Aaron harap rakan tak pandang mudah Estonia

Aaron harap rakan tak pandang mudah Estonia

aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kapten pasukan skuad badminton remaja negara, Aaron Tai berharap barisan pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan apabila berdepan Estonia di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China, esok.

Biarpun menang mudah ke atas Mongolia 110-48 dan 110-51 ke atas Norway, Aaron mengingatkan pemain tidak memandang rendah lawan yang akan ditemui mereka selepas ini.

“Dua kemenangan ini satu permulaan yang baik untuk kita. Semalam saya ada bagi tahu rakan pasukan untuk tidak memandang rendah lawan.

“Kami tetap perlu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Esok saya harap, kami semua dapat buat lagi baik daripada hari ini,” katanya.

Di atas kertas, skuad muda negara dilihat tidak berdepan masalah untuk menjinakkan Estonia sebelum berdepan Belanda, Rabu ini dalam usaha untuk mara ke suku akhir selaku juara Kumpulan C.

Pasukan lain yang berada dalam Kumpulan C adalah Mongolia, Estonia, Norway dan Belanda.

Untuk mara ke suku akhir, Malaysia perlu menamatkan cabaran peringkat kumpulan selaku juara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top