Seorang pemimpin Hamas terkorban dalam serangan Israel di selatan Lubnan

Seorang pemimpin Hamas terkorban dalam serangan Israel di selatan Lubnan
Seorang pemimpin Hamas terkorban dalam serangan Israel di selatan Lubnan

Pergerakan Palestin Hamas pada Isnin mengesahkan bahawa seorang daripada pemimpinnya di Lubnan. Foto AFP

DOHA – Pergerakan Palestin Hamas pada Isnin mengesahkan bahawa seorang daripada pemimpinnya di Lubnan, Fateh Sherif Abu el-Amin terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan, lapor Sputnik.

“Hamas berduka atas kematian Fateh Sherif Abu el-Amin, pemimpin Islamic Resistance Movement di Lubnan dan anggota kepimpinan luar negara pergerakan itu.

Abu el-Amin meninggal dunia pada awal pagi ini selepas operasi pembunuhan yang menyasarkan beliau dan keluarganya semasa serbuan di selatan Lubnan,” menurut pergerakan itu menerusi hantaran di Telegram. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top