Podcast Neelofa & PU Riz Dipuji Beri Ilmu Bermanfaat – “Penyampaian Mereka Mudah Difahami”

Podcast Neelofa & PU Riz Dipuji Beri Ilmu Bermanfaat – “Penyampaian Mereka Mudah Difahami”

Umum sedia maklum, pasangan selebriti popular Noor Neelofa dan suaminya, pendakwah bebas, Haris Ismail turut menyebarkan dakwah menerusi platform podcast.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu memuji intipati podcast Neelofa dan Haris atau lebih mesra disapa sebagai PU Riz menyampaikan mesej dan manfaat yang baik kepada pendengar.

Menerusi ciapan di Threads itu, individu tersebut memuat naik tangkapan skrin memaparkan sesi  siaran langsung di TikTok ketika pasangan selebriti itu sedang merakamkan podcast yang diberi nama NunHa itu.

Dalam episode podcast tersebut, Neelofa dan PU Riz sedang membincangkan topik mengenai kebaikan dan manfaat berzikir.

“Siapa tengok live TikTok Neelofa tadi, dia buat siaran langsung tengah rakam podcast NunHa. Eh, best la podcast macam ni, banyak ilmu dapat.

“Neelofa and Ustaz Haris ini penyampaian mereka mudah faham. Harap podcast ini rilis cepat, boleh kita semua tengok dan faham bab manfaat istighfar,” tulisnya.

Neelofa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Belum Kongsi Rupa Paras Abdullah Abbas, Neelofa & PU Riz Rasa Lebih Selesa ‘Kaburkan’ Wajah Anak

Artikel Berkaitan: “Terpaling Betul, Yang Komen Tu Saya Delete Sebab Sakit Mata” – Ditegur Cara Memasak, Neelofa Malas Layan Komen ‘Makcik Bawang’

Scroll to Top