Nonny Nadirah Kongsi Punca Sebenar Perubahan Diri Hingga Mendedahkan Aurat | Oh! Media
Ramai sedia tahu bahawa pelakon, Nonny Nadirah kini tampil dengan imej yang seksi walaupun sebelum ini pernah berhijab.
Akhirnya Nonny telah dedahkan punca utama perubahan beliau sehingga membuka aurat. Ianya disebabkan perbuatan sihir yang dilakukan oleh seseorang.
Saya Nonny Nadirah. Saya berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis.
Jangan ditanya siapa menyihir, lain orang lain ujiannya. Mana yang perang, mana yang disihir.
Korang tak rasa apa yang saya rasa.
Selain itu, pelakon berusia 34 tahun ini berpendapat dirinya boleh menerima teguran dengan cara yang betul. Nonny juga meminta orang ramai mendoakan dirinya.
Semoga beliau kembali menutup aurat seperti dahulu serta dipermudahkan urusan.