“Rekod, Time Ni La Nak Rekod” – Buat Prank Masa Orientasi, Fasi Mengaku Tindakan Kurang Sesuai | Oh! Media

“Rekod, Time Ni La Nak Rekod” – Buat Prank Masa Orientasi, Fasi Mengaku Tindakan Kurang Sesuai | Oh! Media

Kecoh di media sosial baru-baru ini video memaparkan suasana semasa sesi orientasi di salah sebuah universiti awam di Johor.

Dalam video itu, kelihatan beberapa individu bertengkar sebelum ianya bertukar menjadi kejutan hari jadi (prank) salah seorang fasilitator.

Video viral membuatkan netizen mengecam fasilitator yang dianggap kebudak-budakan. Malah netizen turut mempersoalkan budaya orientasi yang dikatakan hanya ‘syok sendiri’.

Di hari terakhir orientasi, fasilitator dalam video viral tampil mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua pelajar-pelajar baru.

Pihaknya mengakui mungkin ada yang melihat tindakan mereka membuat prank kurang sesuai. Walau bagaimanapun, dia berharap semua pelajar baru seronok sepanjang sesi orientasi tersebut.

Dia juga meminta maaf kerana isu viral telah mencemarkan nama organisasi dan program minggu destini siswa (MDS) secara keseluruhan.


Scroll to Top