Aliff Awang Kongsi Foto Anak Hasil Perkahwinan Dengan Fatin Afeefa? – “Kini Gembira Hidup Sebagai Bapa”

Aliff Awang Kongsi Foto Anak Hasil Perkahwinan Dengan Fatin Afeefa? – “Kini Gembira Hidup Sebagai Bapa”

Perkongsian terkini suami selebriti, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang meraih perhatian selepas dia memuat naik foto bersama seorang bayi.

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff atau lebih mesra disapa sebagai Opai itu berkongsi foto sedang mendukung bayi tersebut yang dipercayai adalah anak perempuan hasil perkahwinan bersama Fatin.

Fatin Afeefa
Bagaimanapun, Aliff mengkaburkan wajah bayi perempuan itu yang sepertinya sudah mencecah usia lingkungan lebih tiga bulan.

Dalam hantaran sama juga, Aliff turut memuat naik foto kedua-dua anak tirinya, iaitu Arrian dan Ivy.

Fatin Afeefa

Di ruangan kapsyen, Aliff berkata dia kini sedang sibuk menikmati kehidupan yang digambarkan sangat indah sebagai seorang bapa.

“Beautiful life as a father. Been busy all this while only to spending every minute with my beautiful, intelligent, lively children. To a new beginning,” tulisnya di kapsyen.

Fatin Afeefa

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Aliff dan Fatin atas kehadiran cahaya mata itu.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons atau pengesahan daripada kedua-dua pihak.

Mei lalu, Fatin memilih untuk mengunci mulut susulan dakwaan sudah melahirkan anak ketiga.

Terdahulu, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuh majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun sah bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan kedua itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7. Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

Artikel Berkaitan: Didakwa Sudah Bersalin, Fatin Afeefa Pilih Kunci Mulut – “Doakan Yang Baik-Baik”

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Mahu Anak Jadi Penghafaz Al-Quran, Larang Terlibat Dalam Industri Seni – “Anak Saya, Suka Hati Saya Lah”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kata-Kata Itu Satu Doa, Tak Kelakar!” – Buat Prank Dijangkiti Monkeypox Pertama Malaysia, Suami Fatin Afeefa Dikecam Netizen

Scroll to Top