Larian 'songsang': Polis kenal pasti individu terbabit, panggil penganjur

Larian 'songsang': Polis kenal pasti individu terbabit, panggil penganjur

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Hasil siasatan dijalankan polis Johor mendapati hanya segelintir peserta larian antara bangsa di Kota Tinggi di sini berpakaian tidak senonoh dan lucah.

Ketua Polis Polis, Datuk M Kumar berkata, polis juga sedang mengenalpasti individu lain yang terbabit dan pihak penganjur dipanggil bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap penganjuran program larian yang menyentuh sensitiviti kaum dengan kelakuan tidak senonoh dan lucah di tempat awam.

“Pada jam 5 petang hari ini, tular di laman sosial Facebook (Fb) memaparkan gambar dan klip video sekumpulan individu berpakaian berwarna merah serta berkelakuan tidak senonoh dan lucah di tempat awam.

“Siasatan awal mendapati gambar terbabit dipercayai dirakam sempena program larian antarabangsa Pan Asia 2024 yang diadakan di kawasan Hotel Lotus Desaru,

Bandar Penawar Kota Tinggi pada 4 Oktober 2024.

“Program anjuran persatuan The Hash House Harriers dijadualkan bermula 4 Oktober 2024 hingga 6 Oktober 2024 membabitkan beberapa kawasan di daerah Kota Tinggi, Kulai dan Seri Alam, Johor,” katanya.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis daerah Kota Tinggi mengesahkan

menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan.

“Siasatan termasuk mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan lucah di tempat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan yang menghina atau lucah dengan niat membangkitkan keadaan tidak aman termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap individu atau pihak yang cuba menggugat ketenteraman awam menerusi tindakan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top