Lebih 10 Tahun Alami Gangguan Makhluk Halus, Zara Zya Kongsi Keadaan Terkini… – “Pelik Banyak Cerita Mistik Timbul”

Lebih 10 Tahun Alami Gangguan Makhluk Halus, Zara Zya Kongsi Keadaan Terkini… – “Pelik Banyak Cerita Mistik Timbul”

Pelakon, Zara Zya kesal apabila ada segelintir pihak yang mula membuat andaian tidak sewajarnya terhadap gangguan makluk misteri dialaminya sejak lebih 10 tahun lalu.

Menerusi platform Threads, Zara berkata sepanjang tempoh itu dia ada pergi berubat serta memaklumkan keadaannya kini semakin membaik.

“Bertenang, sakit yang saya alami ini bukanlah baru sehari dua tetapi dah lebih dari 10 tahun. Dan dalam jangka masa itu, sudah semestinya saya pergi berubat sana sini juga. saya pun dah semakin membaik dengan izin Allah SWT. Insya-Allah,” katanya.

Menerusi ciapan sama, Zara turut mempertikaikan segelintir pihak yang mengalami gangguan selepas menonton penuh podcast tersebut.

“Pokok pangkalnya, saya hanya menceritakan serba sedikit tentang pengalaman dalam hidup saya.

“Tak perlu nak buat andaian dan tak perlu untuk berfikir teruk. Saya juga pelik dengan begitu banyak cerita mistik yang timbul setelah menonton podcast tersebut. Wallahualam,” tulisnya.

Zara Zya

Sebelum ini, Zara menepis dakwaan dirinya mempunyai dan menyimpan ‘benda’ sehingga menyebabkan dia diganggu makhkuk halus.

Terdahulu Zara tidak menyangka kisah peribadinya yang diganggu makhluk halus menjadi sorotan ramai sehingga masih heboh di seluruh platform media sosial.

Perkongsiannya itu menjadi tumpuan ramai terutamanya selepas tular sebuah potongan video podcast tersebut memaparkan suara Zara yang berubah menjadi seram ketika menyebut perkataan ‘iblis’.

Dalam podcast Disebalik Misteri yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun, Zara berkata gangguan mistik itu membuatkan dirinya berperwatakan seperti ular dalam mimpi, selain turut memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan.

Bukan itu sahaja, gangguan ghaib tersebut begitu ekstrem sehingga dia pernah ingin membahan kucing sendiri.

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Gangguan Makhkuk Halus Berpunca Daripada Simpan ‘Benda’, Zara Zya Tampil Bersuara!

Scroll to Top