Fazura dan Fatima tak pernah merasa duit raya Fattah

Fazura dan Fatima tak pernah merasa duit raya Fattah

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Shah Alam : Nur Fazura, 41, mendedahkan anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suaminya, Fattah Amin, 33, sepanjang tempoh dia dilahirkan hingga sekarang.

Fazura berkata, dia tahu Fattah berpendapatan tinggi selain pelbagai nilai penajaan yang tinggi dari pelbagai jenama.

“Ramai juga cakap, tak kasihan ke dengan Fatima? Sejujurnya, saya kasihan, tapi di sini saya pun sedih. Sepanjang empat tahun Fatima tak pernah rasa duit ayah dia, duit raya ayah dia. Saya sendiri pun sepanjang berkahwin dengan Fattah tak pernah rasa sekali duit raya daripada dia.

“Memang seboleh-bolehnya saya tak mahu pisahkan Fatima dengan ayahnya. Tapi, bagaimana nak hidup bersama kalau Fatima saksikan ibu bapa dia tak bahagia. Saya kena besarkan Fatima dengan mental yang baik, bahagia dan sebagainya.

“Anda semua perlu tahu, penajaan dia bernilai beratus-ratus ribu Ringgit dan pendapatan dia rasanya mencecah setengah juta Ringgit. Tapi, takkanlah tak boleh bagi kepada saya dan Fatima,” katanya.

Dalam temubual bersama media di pekarangan mahkamah hari ini, Fazura juga mengajukan soalan kepada Fattah mengenai masa depan anaknya sekiranya berumah tangga.

“Saya nak tanya Fattah, kalau suatu hari nanti, pasangan Fatima buat kepada Fatima seperti mana dia buat kepada saya, adakah dia bersetuju untuk teruskan dan okay dengan apa yang dia buat kepada saya?” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top