Pengganas Zionis Israel serang Gaza 250,000 kali

Pengganas Zionis Israel serang Gaza 250,000 kali
Visual di Semenanjung Gaza yang dirakam pada 4 Oktober 2024. (FOTO: Anadolu Agency)
– Advertisement –

TEHRAN: Rejim pengganas Zionis Israel telah melancarkan sebanyak 250,000 serangan ke atas Semenanjung Gaza di Palestin yang sejak konflik yang bermula pada 7 Oktober 2023.

Pemimpin Ansarullah Yaman, Abdul-Malik Badruldeen al-Houthi berkata dalam ucapan sempena ulang tahun Operasi Ribut Al-Aqsa, operasi berkenaan adalah hasil semula jadi perang musuh Israel selama 105 tahun pendudukannya di wilayah itu, lapor MNA.

– Advertisement –

“Israel telah melakukan lebih daripada 250,000 serangan udara dan artileri terhadap Semenanjung Gaza sepanjang  genap setahun (dari 7 Oktober 2023 hingga hari ini, 7 Oktober 2024).

“Pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza telah meragut lebih 41,000 nyawa dan hampir 100,000 orang cedera sejak 7 Oktober 2023.

“Israel telah menggunakan kira-kira 100,000 tan bahan letupan sebagai bom, peluru berpandu dan peluru yang disediakan oleh Amerika Syarikat,” katanya.

Tambah beliau, pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin di Hospital Al-Mu’amdani, kem Jabalia dan Sekolah Al Khor adalah antara pembunuhan beramai-ramai yang paling jelas dan mengerikan yang tidak akan dilupakan oleh orang ramai.

“Israel menggunakan segala cara untuk membunuh dan cuba melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan membuatkan rakyat Palestin kelaparan,” tambahnya.

Sementara itu, tentera Israel pada Ahad berkata pihaknya akan mengerahkan lebih banyak tentera ke kawasan yang bersempadanan dengan Gaza menjelang ulang tahun pertama konflik tersebut.

“Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Bahagian Gaza telah diperkuatkan dengan beberapa platun, dengan pasukan ditempatkan untuk mempertahankan kedua-dua komuniti dan kawasan sempadan.

“Tentera-tentera telah dilengkapkan untuk mempertahankan wilayah itu dengan koordinasi bersama pasukan keselamatan tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Israel telah melancarkan serangan tentera ke atas Semenanjung Gaza, dan mengenakan pengepungan sepenuhnya terhadap wilayah itu sebagai tindak balas kepada serangan yang dilakukan oleh Hamas ke atas wilayah selatan Israel.

Sejak itu, tentera Israel telah mengebom setiap sudut Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 41,870 rakyat Palestin setakat semalam Ahad (6 Oktober 2024), dalam salah satu konflik paling maut pada abad ke-21. – Agensi/– HARAKAHDAILY 7/10/2024

– Advertisement –

Scroll to Top