“Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

“Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mendedahkan antara punca perceraian terhadap bekas suaminya, Fattah Amin adalah isu kecurangan.

Ketika ditemui XTRA, Fazura yang bercucuran air mata itu mengakui dia tidak dapat menerima Fattah berlaku curang.

“Ya, memang Fattah curang terhadap saya dan saya ada bukti percurangan itu.

“Saya kesal kenderaan yang saya beri kepada dia pun dibawa wanita yang haram bagi dia,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Fazura memaklumkan dia hanya mengetahui mengenai isu curang tersebut pada awal Ogos lalu, namun enggan mendedahkan perincian mengenai ‘penyondol’ rumah tangganya.

Selain isu curang, punca perceraian lain adalah Fattah didakwa telah mengabaikan nafkah serta tiada persefahaman.

“Selama ini memang saya mengambil pendekatan untuk mengunci mulut demi menjaga aib kami. Tetapi ramai yang bertanya dan timbul pelbagai spekulasi

“Punca perceraian pertama adalah Fattah telah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima setelah sekian lama.

“Yang kedua adalah kami tidak persefahaman lagi,” ujarnya.

Dalam masa sama, Fazura turut mendedahkan sepanjang bersama Fattah, dia tidak bahagia dan sengsara.

Bahkan, Fazura turut mendedahkan mereka sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung.

“Sejujurnya sudah semestinya sebagai seorang isteri takkanlah saya gembira dengan perceraian ini, sangat bersedih. Tetapi keputusan ini bukan diambil dengan sekejap

“Saya dah lama sengsara, bertahun-tahun. Saya dah lama tidak bahagia, emosi saya terganggu, mental saya tertekan.

“Saya dah berfikir panjang, dan saya reda dengan ketentuan Allah swt. Saya percaya ini yang terbaik,” katanya.

Pada 7 Oktober, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada jam 9:45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Sebelum Fattah melafazkan cerai, ketika diluar mahkamah, pasangan itu dilihat berbincang antara satu sama lain.

Terdahulu, status rumah tangga mereka didakwa bergolak selepas timbul dakwaan mengatakan wujud orang ketiga.

Bukan itu sahaja, konflik antara Fattah dan Fazura semakin menjadi bualan hangat selepas mereka sudah lama tidak kelihatan bersama mahupun saling berkongsi foto di mana-mana platform media sosial.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin, Fazura Sah Bercerai Talak Satu

Scroll to Top