PM adakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawat dari Singapura, Timor Leste

PM adakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawat dari Singapura, Timor Leste

zanariah_mutalib@bh.com.my

Vientiane: Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Timor Leste dan Singapura.

Pertemuan diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan, yang diadakan di sini.

Pada sebelah pagi, Perdana Menteri bertemu dengan Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmão selama kira-kira15 minit di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.

Antara yang dibincangkan kedua-dua pemimpin, termasuk keanggotaan penuh Timor Leste dalam blok ASEAN, yang diyakini mampu memperluas dan mengembangkan sektor ekonomi serantau.

Timor-Leste masih menunggu keputusan konsensus negara ASEAN untuk diterima sebagai anggota penuh blok serantau itu.

Pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Singapura; Lawrence Wong pula berlangsung pada sebelah petang, selama kira-kira setengah jam di sebuah hotel di sini.

Pemimpin berkenaan membincangkan isu berkaitan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top