“Terima Kasih 8 Tahun” – Tunjuk Gambar Di Mahkamah Syariah, Idzham Ismail Minta Doa Yang Baik-Baik | Oh! Media

“Terima Kasih 8 Tahun” – Tunjuk Gambar Di Mahkamah Syariah, Idzham Ismail Minta Doa Yang Baik-Baik | Oh! Media

Terdahulu, pelakon Idzham Ismail telah memuat naik satu hantaran di platform Instagramnya yang memaparkan dia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di Klang, Selangor.

Di aplikasi TikTok, Idzham juga ada membuat satu hantaran yang memaparkan gambar dia bersama keluarganya berserta kapsyen “Terima kasih 8 tahun”.

Hantaran tersebut telah menimbulkan tanda tanya oleh ramai pihak. Namun Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail memilih untuk tidak lagi berkongsi penjelasan tentang hantaran yang dimuat naiknya itu.

Untuk setiap pertanyaan tentang kandungan story IG saya tu, saya tak boleh cerita detail.

Masih dalam proses. Cuma saya minta doakan terbaik buat anak-anak saya, insya-Allah.

Buat masa ini, Idzham hanya meminta semua pihak untuk mendoakan yang baik-baik sahaja.

Saya tak tahu nak komen apa. Segalanya masih dalam proses. Harap doakan yang baik-baik.

Apa yang penting bagi saya adalah anak-anak.

Idzham juga menjelaskan bahawa keputusan yang akan dibuat selepas ini adalah demi kebaikan dua orang anaknya.

Segala keputusan saya amat pentingkan anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan keputusan kami. Risaukan anak-anak untuk jangka masa panjang.

Untuk makluman, Idzham telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pada bulan Ogos 2016 dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.


Scroll to Top